Saturday 13 January 2018

Ayam Az-Zain

Adakah ayam dan makanan hasilan ayam yang kita makan setiap hari adalah berdasarkan konsep Halalan Toyyiban..?

=====================
Apa itu Halalan Toyyiban..?
===================== 

Toyyiban bermaksud (sesuatu yg baik). Maka Halalan Toyyiban bermaksud sesuatu yang halal dan bersifat baik serta elok.

Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah berusaha sedaya-upaya untuk mengambil makanan dan minuman Halalan Toyyiban kerana disamping memenuhi aspek tuntutan Syariat agama, makanan 100% Halalan Toyyiban juga digelar di dalam dunia perubatan sebagai makanan bernutrisi dan berfungsi.

Oleh itu kehidupan yang sihat adalah pengetahuan mengenai tubuh sendiri, maka mengetahui apa yang dimakan dan sumber dari mana ia datang adalah sama pentingnya untuk menjaga amal ibadah supaya doa dan ibadat kita diterima Allah SWT.

Antara produk Az-Zain berasaskan ayam organik, naget, sosej, bebola ayam, burger dan lain-lan. Ianya diproses tanpa kulit, lemak dan bahan buangan ayam, tanpa pengawet dan perasa tiruan.
=====================
Kaedah Pemprosesan Ayam:
=====================
1. Tanpa stunning (kejutan elektrik)
2. Usus dikeluarkan sebelum proses seterusnya
3. Penggunaan air panas dan suhu yang terkawal serta ianya kerap ditukar
4. Ayam tidak dicucuk dengan sebarang kimia dan air (water induce).
5. Pembungkusan ayam yang rapi serta pengangkutan ayam dengan menggunakan lori sejuk beku          supaya ayam tidak dicemari dengan bakteria.

Selain dari itu kami juga menawarkan makanan dan minuman buatan Muslim seperti Bihun Tiga Terartai, Faiza, Suffy, Khayr Real Sausages, Daging lembu dan daging kambing, kuih-muih sejuk beku, Tepung wangi Megazesh, produk -kecantikan dan kesihatan dan lain-lain.

===================
Untuk medapatkan info
===================
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami , Az-Zain Tmn Bukit Indah, Ampang di tel/whatsapp 013 302 9375 dan kedai kami beroperasi dari 10.00 pagi hingga 9.00mlm setiap hari.
atau klik link whatsapp di bawah:

wasap.my/60133029375/saya-nak-ayam-Az-Zain